Berita

Penutup utiliti dibuka individu tak bertanggungjawab

SEREMBAN JAYA: Isu penutup utiliti milik Telekom Malaysia (TM) dibuka adalah tindakan individu tidak bertanggungjawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren berkata, terdapat tiga lokasi berbeza isu ini berlaku iaitu di Jalan SJ 8/1B, Jalan SJ 9/1 dan Jalan Besar Taman Seremban Jaya.

“Oleh itu saya bersama pihak TM Senawang telah turun padang bagi meninjau lokasi tersebut.

“hasil tinjauan mendapati bahawa kabel di kawasan tersebut juga turut dipotong.

“Kejadian dipercayai berlaku sejak Sabtu lalu.

“Walau bagaimanapun, kesemua kawasan penutup yang dibuka telah ditutup semula.

“Laporan polis akan dilakukan bagi mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perkara ini.

“Orang ramai juga turut diminta memberi kerjasama segera melaporkan sebarang kejadian atau tindak-tanduk mencurigakan supaya kejadian seperti ini tidak berulang,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button