Berita

Lebih 1,000 orang dapat bantuan bakul makanan daripada Mohamad

REMBAU: Ahli Parlimen Rembau, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan menyantuni lebih 1,000 orang masyarakat India di Parlimen Rembau sempena sambutan Deepavali.

“Saya menyantuni lebih 1,000 penganut Hindu dari DUN Rantau, DUN Chembong, DUN Kota dan DUN Paroi dengan menyampaikan sumbangan bakul makanan bagi persiapan sambutan Deepavali yang akan disambut tidak lama lagi.

“Diharapkan sumbangan kecil ini dapat meringankan sedikit tanggungan dan menambah lagi keceriaan keluarga penerima sempena sambutan pesta cahaya ini nanti,” kata Mohamad yang juga ADUN Rantau.

Turut hadir, ADUN Chembong, Dato’ Zaifulbahri Idris dan ADUN Kota, Suhaimi Aini.

Show More

Related Articles

Back to top button