Berita

Lee Kai Yet diumum calon Pakatan Harapan DUN Mambau

MAMBAU: Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook mengumumkan Penolong Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Lee Kai Yet, 42 sebagai calon Pakatan Harapan (DAP) untuk kerusi N23 DUN Mambau.

Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin berkata, Kai Yet merupakan antara watak utama yang membantu beliau ketika Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2013, 2018 dan 2022.

“Kini, tiba giliran saya pula berbuat demikian (membantu Kai Yet) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Saudara Kai Yet menjadi ahli DAP pada tahun 2008.

“Sepanjang 18 tahun, beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam DAP, baik di peringkat cawangan, Jawatankuasa Perhubungan Parlimen mahupun peringkat Negeri.

“Beliau adalah anak DUN Mambau, memang layak dan terbaik untuk kerusi N23 Mambau.

“Mohon sokongan para pengundi N23 Mambau untuk memberikan mandat kepada beliau, dengan mengundi beliau pada 1 Ogos 2026,” kata Cha.

Kai Yet juga merupakan Ketua Biro Bantuan Guaman DAP Negeri Sembilan.

Untuk rekod penyandang ADUN Mambau ialah Yap Yew Weng yang memenangi kerusi tersebut pada tahun 2013, 2018 dan 2023.

Yew Weng menerima 17,039 undi mengalahkan calon PN, N.Satesh Kumar dengan majoriti 14,940 undi.

Satesh Kumar mendapat 2,099 undi manakala calon bebas, R.Kumaravel menerima 163 undi.

Yew Weng juga pernah memenangi kerusi DUN Nilai pada tahun 2008.

 

Show More

Related Articles

Back to top button