Berita

Legasi Siddiq Fadhil jadi panduan bina Negeri Sembilan MADANI

NILAI: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Dato’ Dr. Siddiq Fadhil mampu menjadi panduan bagi membina Negeri Sembilan MADANI.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, disebabkan itu satu wacana khas diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi memberi penghormatan kepada tokoh pemikir tersohor itu.

“Pemikiran beliau bukan hanya warisan intelektual, tetapi juga ikhtiar membina insan melalui pendidikan yang bersifat memanusiakan, berteraskan nilai Ilahi, adil, bijaksana dan penyayang.

“Allahyarham juga turut mempunyai ungkapan yang masyhur iaitu ‘Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan’ yang menjadi prinsip penting bagi menanggapi realiti masyarakat majmuk di negara ini.

“Oleh itu, pemikiran Allahyarham ini wajar terus dijadikan kompas bagi membina sebuah negeri yang MADANI di samping menjadi negeri yang bersih, muafakat dan sejahtera.

“Program yang diadakan ini juga adalah sebagai medan bagi menghargai sumbangan intelektual Allahyarham,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button