BeritaProgram

Liga Premier Negeri Sembilan diperkenalkan Disember ini

Buat pertama kalinya, Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) akan menganjurkan Liga Premier Negeri Sembilan (LPNS).

Edisi pertama kini dibuka untuk penyertaan. Penyertaan dibuka untuk 20 pasukan.

Kejohanan ini dijadualkan berlangsung bermula dari Disember 2025 sehingga Februari 2026.

Juara liga akan memenangi hadiah wang tunai RM10,000, piala, medal dan slot ke A2 AFL.

Naib juara akan menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan medal.

Manakala tempat ketiga RM3,000 dan tempat keempat RM2,000.

Liga Premier Negeri Sembilan turut diiktiraf sebagai Liga A3 Community oleh Amateur Football League (AFL), memberikan peluang kepada pasukan yang bertanding untuk beraksi dalam struktur rasmi bola sepak Malaysia.

Rujuk pada infografik untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, atau hubungi Nur Aleeya ditalian 019-3530626 untuk sebarang pertanyaan.

Sertai sekarang dan cipta sejarah sebagai juara edisi sulung Liga Premier Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button