Berita

LIGA SUKAN ORANG KURANG UPAYA: Tiada siapa yang ditinggalkan

SEREMBAN: Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan buat pertama kalinya menganjurkan Liga Sukan Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan 2025.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, liga sukan ini bukan sekadar sebuah pertandingan kerana ia berperanan sebagai ekosistem pembangunan sukan inklusif negara.

“Setiap siri di peringkat negeri menjadi titik pengenalpastian bakat yang boleh dibimbing ke peringkat lebih tinggi, di samping menjadi platform untuk melatih jurulatih inklusif dan menyediakan ruang bagi komuniti OKU untuk bersosial, berlatih dan berekreasi.

“Dengan jumlah penyertaan sebanyak 6,545 orang yang melibatkan pelbagai kategori ketidakupayaan termasuk visual, pendengaran, fizikal dan autisme, kita telah membuktikan bahawa sukan mempunyai kuasa untuk menyatukan semua lapisan masyarakat.

“Matlamat saya jelas iaitu mahu menjadikan liga ini sebagai acara tahunan yang lebih besar pada masa akan datang dengan penambahan jenis sukan serta menyediakan laluan pembangunan yang tersusun dari akar umbi sehingga ke pentas tertinggi seperti Para SUKMA, Para ASEAN dan Paralimpik.

“Inilah erti sebenar semangat ‘No One Left Behind’ yang kita perjuangkan,” kata Hannah.

Show More

Related Articles

Back to top button