YB Kita

Mahasiswi terima sumbangan kewangan daripada Veerapan

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam telah menyampaikan sumbangan Inisiatif Kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi kepada seorang mahasiswi B.Kalaivarshini.

“Saya telah menyampaikan sumbangan pendidikan sebanyak RM1,000 kepada Adik Kalaivarshini yang merupakan pelajar Ijazah tahun kedua.

“Semoga bantuan ini membantu mengurangkan kos pembelajaran beliau semasa berada di kampus dan berjaya dalam bidang akademiknya,” kata Veerapan.

Dalam pada itu Veerapan turut menyampaikan sumbangan daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan sebanyak RM2,000 kepada Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Syed Idrus, Zaki Sami’in; bagi menyokong kerja-kerja naik taraf kemudahan sekolah (tapak konkrit bersimen).

“Sumbangan ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif kepada para pelajar serta warga pendidik.

“Semoga usaha ini memberi manfaat kepada seluruh komuniti sekolah dalam memastikan kecemerlangan para murid,” ujar Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button