Berita

Malaysia catat kenaikan dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2025

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya mencatat kenaikan sebanyak 11 anak tangan dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025.

Perdana Menteri Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.

“Hal ini kerana, ia merupakan pencapaian terbaik sejak lima tahun lalu.

“Secara tidak langsung, ia menggambarkan usaha reformasi Kerajaan MADANI sedang membuahkan hasil.

“Hasil yang memberansangkan dalam perdagangan, kecekapan pentadbiran dan persekitaran pelaburan menjadi asas yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi yang inklusif dan mampan.

“Dalam masa sama, kita berjaya buktikan bahawa Malaysia mampu melonjak jauh dengan tekad politik, iltizam seluruh jentera kerajaan dan kerjasama erat dengan sektor swasta.

“Pencapaian ini adalah milik rakyat Malaysia.

“Selain itu, ia juga merupakan asas yang penting dalam perjalanan kita untuk meletakkan negara ini dalam kelompok ekonomi paling berdaya saing menjelang 2033 demi masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita,” kata Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button