BeritaMenarik

Malaysia dan Brazil jalin kerjasama industri pertanian

PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Mohamad Sabu telah menerima kunjungan dari Duta Brazil ke Malaysia, TYT Ary Norton de Murat Quintella bersama delegasi di Wisma Tani, Putrajaya.

Mohamad berkata, Malaysia mempunyai hubungan dua hala yang sangat baik dengan Brazil dengan perdagangan pertanian antara kedua-dua negara telah menunjukkan arah aliran yang sangat positif.

“Saya berharap kerjasama dan perkongsian ini akan terus berkembang pada masa hadapan.

“Saya turut memaklumkan kepada TYT Ary Norton de Murat Quintella berkaitan dengan kejayaan lawatan kerja saya baru-baru ini ke Brazil dan telah menghadiri sesi taklimat mengenai industri jagung bijian anjuran Kementerian Pertanian dan Ternakan Brazil (MAPA) pada 20 Ogos 2024 di Ibu Pejabat MAPA di Brasilia, Brazil.

“Saya berharap perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat ini akan membantu kedua-dua negara untuk terus bekerjasama serta meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian,” kata Mohamad.

Show More

Related Articles

Back to top button