Berita

Malaysia dan Korea Selatan dah ada Perjanjian Perdagangan Bebas

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Republik Korea Selatan telah memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Republik Korea (MKFTA).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Dato’ Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini adalah Free Trade Agreement ke-19 Malaysia, dan ia adalah langkah besar untuk mempelbagaikan pasaran kita di tengah ketidakpastian global.

“Korea Selatan adalah rakan dagang kelapan terbesar Malaysia, dan kini, hubungan strategik kita akan melonjak ke tahap baharu.

“MKFTA menjamin akses bebas cukai jangka panjang untuk pelbagai produk Malaysia, termasuk produk agri-makanan, komoditi (sawit dan koko), dan petrokimia.

“Paling penting, kita akan bekerjasama dalam bidang masa depan seperti Ekonomi Hijau, digital, dan Bio-Ekonomi yang akan memberi manfaat besar kepada PKS dan profesional kita,” kata Tengku Zafrul.

Menurut beliau, kerjasama dalam Rantaian Bekalan Strategik juga dimeterai untuk memperkukuh ketahanan ekonomi.

“Kita komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Republik Korea Selatan bagi memacu agenda negara di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

“Insya Allah, kerjasama ini akan membawa kemakmuran bersama,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button