Menarik

Malaysia dan New Zealand setuju kukuh perdagangan dan pelaburan

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia dan Kerajaan New Zealand telah bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan penyelidikan melibatkan semua bidang, terutamanya dalam industri halal.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun potensi dan hubungan baik yang dinikmati selama ini, namun agak malang jika kedua-dua negara masih belum dapat mengambil langkah untuk memperkukuh kerjasama itu.

“Justeru itu, dalam mesyuarat Kabinet saya akan mendapatkan nasihat mengenai perkara yang perlu dilakukan dengan pantas bagi mengorak laluan untuk jalinan dan persahabatan yang lebih erat dengan New Zealand,” ujarnya.

Anwar berkata demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon bersempena dengan lawatan rasminya ke negara ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menyampaikan harapan agar New Zealand dapat menimbangkan kemungkinan melonggarkan kemasukan lebih ramai pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang baharu di negara itu.

“Ia antara lain bagi program pasca siswazah dalam bidang-bidang baharu termasuk bidang pengajian berkaitan peralihan tenaga dan teknologi makanan.

“Intihanya, perbincangan yang berjaya dengan Luxon juga menyentuh mengenai usaha untuk mengukuhkan hubungan yang telah lama terjalin dalam bidang-bidang yang digariskan dalam perkongsian strategik iaitu; kemakmuran, rakyat, dan keamanan dan keselamatan,” jelas Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button