Malaysia kekal sebagai hab kewangan Islam global: ANWAR

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kedudukan Malaysia yang kekal sebagai hab kewangan Islam global dapat meyakinkan pelabur untuk mendapatkan kestabilan, kejelasan serta peluang.
“Negara kita juga sudah terbukti kerana telah membangunkan kapasiti kukuh dalam sektor takaful selain menerima teknologi kewangan (fintech) dan platform digital bagi zakat dan wakaf yang menghubungkan tradisi dan teknologi moden.
“Dunia kini mencari sistem kewangan yang bukan sahaja berorientasikan keuntungan, tetapi turut mempunyai matlamat yang jelas dan berimpak.
“Kita perlu bekerjasama memperkasa komuniti dengan memastikan penyelesaian kewangan ini benar-benar mampu meningkatkan taraf hidup golongan yang memerlukan.
“Kita juga harus memperkukuh amalan perniagaan yang beretika dan bertanggungjawab melalui kerjasama rentas sempadan, inovasi, serta usaha ke arah kemakmuran bersama,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Kewangan Islam Global 2025 semalam.