Malaysia perkukuh usaha menarik lebih ramai pelancong dari Timur Tengah

PUTRAJAYA: Malaysia sedang mempergiatkan usaha untuk meningkatkan aktiviti pelancongan bersama negara-negara Timur Tengah dengan memberi keutamaan kepada pembukaan lebih banyak laluan penerbangan ke Malaysia.
Ketersambungan udara yang lebih baik dan jalinan serantau yang kukuh akan mempertingkatkan pelancongan dari Timur Tengah ke Malaysia serta menarik lebih ramai pelancong Arab.
Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datoโ Seri Tiong King Sing berkata, pada tahun 2024, Malaysia menerima lebih daripada 211,701 pelawat dari Timur Tengah, menunjukkan peningkatan sebanyak 20.8% berbanding tahun sebelumnya.
Namun begitu, jumlah ini masih jauh daripada potensi sebenar, dan menyasarkan peningkatan ketibaan pelancong sebanyak 100 peratus.
Promosi dan pemasaran pelancongan Malaysia di Timur Tengah masih mempunyai kelemahan, terutamanya akibat kekurangan ketersambungan penerbangan antara negara-negara terlibat.
“Ini merupakan faktor paling kritikal berdasarkan laporan kementerian serta maklum balas daripada pemain industri tempatan.
“Hanya satu bandar di Arab Saudi, negara dengan populasi terbesar di Timur Tengah, mempunyai penerbangan terus harian ke Kuala Lumpur iaitu dari Jeddah, bandar kedua terbesar mereka.
“Disebabkan ini, jumlah penumpang dari Arab Saudi ke Malaysia amat terhad dan tanpa pilihan lain.
“Agensi pelancongan tempatan juga sukar untuk menganjurkan lawatan berkumpulan ke Malaysia dan telah meminta agar ketersambungan udara dapat ditambah baik,” ujar Tiong.
๐๐๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ง s๐ฒ๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ญ-s๐ฒ๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ญ p๐๐ง๐๐ซ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค m๐๐ซ๐๐ง๐๐๐ค๐ค๐๐ง p๐๐ฅ๐๐ง๐๐จ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
Dalam pada itu, Riyadh Air, syarikat penerbangan kebangsaan kedua Arab Saudi, telah bersetuju untuk membuka laluan terus antara Riyadh dan Kuala Lumpur serta memasukkan Malaysia dalam katalog jualan pelancongan mereka.
Menurut Tiong, syarikat penerbangan itu telah menerima permit penerbangannya pada April tahun ini dan dijangka memulakan operasi pada suku keempat tahun ini.
FlyDubai, yang telah memulakan penerbangan ke Pulau Pinang tahun lalu, saya telah menjemput Flydubai untuk membuka laluan terus baharu yang menghubungkan Dubai dengan Melaka, sebuah lagi bandar warisan UNESCO di Malaysia, sempena Arabian Travel Market 2025.
“Kami amat berminat untuk meneroka destinasi baharu di Malaysia tetapi menghadapi kekurangan pesawat,โ kata wakil FlyDubai
Flynas, syarikat penerbangan tambang rendah Arab Saudi, tidak dapat memulakan laluan jarak jauh ke Asia Tenggara sehingga tahun 2027.
Malah Emirates, syarikat penerbangan terbesar dunia, turut menangguhkan rancangan pengembangan mereka disebabkan kelewatan ini.
Di samping itu, beberapa isu telah dibangkit oleh syarikat-syarikat penerbangan, saya akan mengadakan mesyuarat dalaman bersama Kementerian Pengangkutan dan bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi menyelesaikan isu-isu.
๐๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐๐ญ๐ข๐ ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ ๐๐ข๐ข๐ฅ๐ก๐๐ฆ๐ค๐๐ง ๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐จ๐ฒ๐๐ฅ ๐๐ซ๐ฎ๐ง๐๐ข ๐๐ข๐ซ๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฌ
Sementara itu Tiong berkata, Malaysia bersedia untuk memperkukuh hubungan pelancongannya dengan negara-negara Timur Tengah dengan mengadaptasi model kejayaan yang diterajui Royal Brunei Airlines.
Kejayaan pakej perjalanan โBrunei + Kuala Lumpur atau Kota Kinabaluโ yang diperkenalkan oleh Royal Brunei Airlines, di mana penumpang menikmati penginapan semalam percuma di Brunei sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu.
“Selepas menerima maklum balas positif daripada pasaran terhadap pakej Royal Brunei Airlines, mereka kini telah mengembangkan pakej tersebut untuk merangkumi Kuching.
“Kami merancang untuk mengadaptasi pendekatan ini bagi pasaran Timur Tengah dan India dengan bekerjasama bersama Royal Brunei Airlines bagi menarik lebih ramai pelancong.
“Melalui persetujuan awal ini, model โBrunei +โ akan diperluaskan ke pasaran UAE, dengan Tourism Malaysia menawarkan satu malam penginapan percuma tambahan di Kota Kinabalu atau Kuching.
“Pakej ini merupakan lawatan selama tujuh hari dan enam malam, dengan matlamat untuk menarik sekurang-kurangnya satu juta ekspatriat India di UAE untuk datang melancong,” kata Tiong.