BeritaMenarik

Mohon dan berpeluang miliki rumah sendiri bernilai RM75,000

SEREMBAN: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar menasihatkan sesiapa yang tidak memiliki sebarang rumah boleh membuat permohonan dan mempunyai peluang untuk memiliki rumah sendiri dengan hanya RM75,000 seunit.

“Projek ini mempunyai 250 unit Townhouse berharga RM75,000 seunit dan pengisian pembeli dilaksanakan oleh Unit Perumahan, SUK Negeri Sembilan.

“Setakat ini 81 unit rumah telah diisi dan sedang dalam proses untuk mendapatkan pinjaman bank.

“Untuk unit yang belum diisi Unit Perumahan akan membuka permohonan baru mengikut syarat permohonan Type A Rumah Mampu Milik (RMM) Dasar Perumahan Negeri Sembilan,” jelas Arul Kumar selepas meninjau projek perumahan Type A Townhouse di Laman Sendayan.

Show More

Related Articles

Back to top button