Berita

Muhd Asri dilantik Pengarah JHEAINS yang baru

SEREMBAN: Encik Muhd Asri Abdullah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) yang baru bermula hari ini (Isnin).

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Encik Asri yang merupakan lulusan Sarjana Pengajian Islam di Birmigham University (United Kingdom) pada 2011.

“Beliau kemudian menyertai Perkhidmatan Awam pada 1999 sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di JAKIM.

“Saya yakin dengan pengalaman sedia ada beliau, syiar Islam dan undang-undang berkaitan pentadbiran hal ehwal agama Islam di negeri ini akan terus diperkukuhkan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button