YB Kita

MUSIBAH KEBAKARAN FELDA RAJA ALIAS 3: Pemimpin prihatin hulur sumbangan

SERTING: Sempena Karnival Sentuhan Madani FELDA dan Santuni Desa KEMAS, para pemimpin yang hadir berkesempatan menziarahi kediaman mangsa kebakaran di FELDA Raja Alias 3 yang melibatkan rumah milik Santariah Ab. Mukti.

Kebakaran tersebut berlaku pada 26 September 2025, kira-kira jam 12.00 tengah hari dan mengakibatkan kediaman beliau musnah teruk. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

Lawatan ini disertai oleh beberapa pimpinan utama antaranya Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias; Exco Pembangunan Belia dan Sukan merangkap ADUN Palong serta ADUN Angkat DUN Serting, Dato’ Mustapha Nagoor; Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA, Dato’ Mohd Banuri Aris; ADUN Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir; Penyelaras DUN Serting, Nor Mohd Azahar Saharudin serta Pengarah FELDA Raja Alias.

Dalam ziarah tersebut, pihak pimpinan telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai, peralatan dapur, tilam, selimut serta barangan keperluan harian bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Para pemimpin turut menyatakan harapan agar Santariah sekeluarga terus tabah menghadapi dugaan ini, di samping memberi jaminan bahawa kerajaan negeri dan FELDA akan sentiasa prihatin serta komited dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya mereka yang ditimpa musibah.

Show More

Related Articles

Back to top button