Berita

Negeri Sembilan 7 Wonders Challenge 2.0 berakhir dengan penuh semangat dan kebanggaan

SEREMBAN: Program cabaran lasak Negeri Sembilan 7 Wonders Challenge 2.0 melabuhkan tirainya dengan penuh semangat dan kebanggaan selepas tujuh siri penganjuran yang mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat pelbagai peringkat.

Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato’ Mustapha Nagoor merakamkan penghargaan kepada Majlis Sukan Negeri Sembilan (MSNNS), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) serta Pejabat Daerah dan Tanah di setiap daerah yang menjadi jawatankuasa induk penganjur.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan atas komitmen berterusan dalam memartabatkan gaya hidup sihat dan memperkukuh semangat perpaduan rakyat melalui penganjuran program seperti ini.

“Tanpa sokongan padu semua pihak, termasuk penaja dan rakan strategik utama seperti Matrix Concepts Holdings Berhad, Jabatan Pelancongan Negeri Sembilan, IJM Land, 100PLUS, Himalaya Sports, Pejabat Hutan Negeri Sembilan, XCRIM, ANSTECH, HWAM, Jantzen dan NSTP, kejayaan ini tidak akan tercapai,” katanya.

Mustapha turut menghargai kerjasama media rasmi Negeri FM serta rakan kolaborasi PSN9 dan JKKN yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan program tersebut kepada masyarakat.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua peserta, pasukan keselamatan dan agensi penyelamat termasuk Bomba, Malim Gunung, mahasiswa Sekretariat UiTM S3, PDRM, RELA, JPAM dan KKM atas komitmen tinggi sepanjang penganjuran tujuh siri cabaran itu.

“Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan 7 Wonders Negeri Sembilan. Insya-Allah, kita jumpa lagi dalam 7 Wonders Challenge 3.0 tahun depan,” katanya penuh semangat.

Show More

Related Articles

Back to top button