BeritaMenarikProgram

Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge dapat sambutan luar biasa

SEREMBAN: Program Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge: Road To HSN 2024 mendapat sambutan luar biasa daripada peserta Negeri Sembilan dan luar Negeri Sembilan.

Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor berkata, hasrat Kerajaan Negeri untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat mendapat tempat di hati rakyat.

“Siri Ketiga akan berlangsung pada 20 Julai ini di Bukit Penarikan, Jempol.

“Sebulan sebelum tarikh tutup, penyertaan sudah penuh.

“Untuk setiap siri, penyertaaan terhad kepada 1,000 slot.

“Ramai yang mahu kita buka balik penyertaan dan bagi tidak menghampakan mereka, kita buka balik.

“Namun, kita tambah 200 slot sahaja dan slot itu habis dalam satu hari sahaja,” jelas Mustapha.

Menurut Mustapha, Kerajaan Negeri menghadkan 1,000 peserta di setiap siri di atas sebab keselamatan supaya tidak berlaku isu kesesakan di trek pendakian.

“Walau bagaimanapun, di Bukit Tampin (Siri 3) seramai 3,000 peserta yang menyertai program ini.

“Bukit Tampin ini treknya luas dan sebab itu kita mampu sediakan 3,000 slot,” jelas Mustapha dalam Sidang Media di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button