Berita
Negeri Sembilan anjur Sambutan Tahun Baru Cina di Bahau
SEREMBAN: Sambutan besar-besaran Tahun Baru Cina pada kali ini akan diadakan di Bahau.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, sambutan akan diadakan pada 17 Februari ini.
“Ia akan bertempat di kawasan parkir Lotus Bahau.
“Oleh hal yang demikian, saya berharap agar orang ramai khususnya masyarakat Tiong Hua dapat bersama-sama menghadiri bagi memeriahkan sambutan kali ini.
“Pelbagai persembahan kebudayaan akan diadakan di samping pelbagai juadah yang enak.
“Program ini juga dapat mengeratkan silaturahim selain menguatkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata Aminuddin.