Berita

Negeri Sembilan dan KBS berganding bahu membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam sukan

PUTRAJAYA: Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato’ Mustapha Nagoor telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia Bil 12/2025 yang penuh dengan perbincangan penting dan langkah-langkah strategik untuk terus memajukan dunia sukan negara kita.

“Saya dan lain-lain ahli jawatankuasa sedang berusaha untuk memastikan bahawa Malaysia terus unggul di arena antarabangsa.

“Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah memberikan input yang bernas dan menunjukkan dedikasi dalam menjayakan visi sukan negara.

“Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dalam dunia sukan,” kata beliau.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang diadakan di Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.

Show More

Related Articles

Back to top button