YB Kita

Individu sakit dan keuzuran disantuni Zaidy

JERAM PADANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir bersama kepimpinan masyarakat Felda Palong 1 telah melaksanakan Program Ziarah Kasih bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada beberapa individu yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Mohd Zaidy berkata, program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Pusat Khidmat Rakyat DUN Jeram Padang untuk mendekati masyarakat dan menyampaikan kasih sayang serta keprihatinan kepada mereka yang memerlukan.

Antara penerima bantuan kewangan daripada Mohd Zaidy ialah Adik Mohd Zahran Mohd Azmi yang akan menjalani pembedahan jantung dalam masa terdekat.

“Kami mendoakan agar segala urusan pembedahan dipermudahkan dan beliau kembali pulih seperti sediakala.

“Puan Rozeta Abdul Majid yang sedang menghidap kanser darah tahap 4.

“Semoga beliau diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi rawatan serta dugaan ini,” ujar Mohd Zaidy.

Mohd Zaidy tambah beliau turut menziarahi Puan Noor Majidah Buyong yang mengalami masalah bisul yang memerlukan rawatan berterusan.

“Kami juga menziarahi Encik Osman Samat yang baru sahaja keluar dari hospital akibat kemalangan jalan raya.

“Semoga beliau terus diberikan kesembuhan sepenuhnya.

“Saya merakamkan penghargaan kepada kepimpinan masyarakat Felda Palong 1 atas komitmen dan semangat kebersamaan dalam menjayakan program ini.

“Kita akan terus memastikan tiada rakyat yang terpinggir dalam menerima perhatian dan bantuan sewajarnya,” kata Mohd Zaidy.

Show More

Related Articles

Back to top button