SEREMBAN: Kontinjen Negeri Sembilan akan menyertai 30 acara daripada 37 acara yang akan dipertandingkan di SUKMA Ke-21 di Sarawak pada 17 Ogos hingga 24 Ogos ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, acara sukan tersebut adalah Akuatik, Squash, Badminton, Tenpin Boling, Berbasikal, Wushu, Bola Keranjang, Sofball, Tenis, Bola Sepak.
“Selain itu, Lawan Pedang, Bola Tampar, Memanah, E-Sport, Menembak, Ragbi, Olahraga, Muaythai, Hoki, Petanque, Taekwando, Tinju, Karate-do, Catur, Lawn Bowls, Kabaddi, Pencak Silat, Silambam, Sepak Takraw, Gimrama dan Gimnastik Artistik.
“Walau bagaimanapun, sebanyak tujuh acara tidak disertai oleh Negeri Sembilan ialah Angkat Berat, Golf, Bola Jaring, Pelayaran, Kriket, Judo dan Ping Pong.
“Kontinjen Negeri Sembilan ke Sarawak akan menggunakan perkhidmatan syarikat Penerbangan MAS.
“Pegawai dan pasukan akan bertolak secara berperingkat mulai 8 Ogos 2024,” jelas Aminuddin.