SEREMBAN: Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge mampu mempromosikan Negeri Sembilan sebagai pilihan destinasi pelancongan di negara kita.
Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Mustapha Nagoor berkata, program ini juga berupaya memberi impak kepada budaya sihat dalam kalangan orang ramai.
“Saya ingin menyeru sama-samalah kita jadikan Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge ini sebagai inspirasi untuk melahirkan generasi yang sihat, aktif dan cemerlang.
“Saya yakin program ini akan menjadi tonggak penting dalam memperkasa bidang belia dan sukan di Negeri Sembilan,” ujarnya.
Berikut jadual Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge:
27 April 2024 – Gunung Angsi
1 Jun 2024 – Bukit Melati
29 Jun 2024 – Gunung Tampin
20 Julai 2024 – Bukit Penarikan
10 Ogos 2024 – Bukit Batu Beras
7 September 2024 – PD Forest
5 Oktober 2024 – Gunung Datuk