Berita
Negeri Sembilan tidak sambut tahun baharu
KUALA PILAH: Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan menganjurkan sambutan bagi kedatangan tahun 2025.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, perancangan bagi menganjurkan sambutan itu juga tiada.
“Ini bagi menghormati mangsa banjir di negara ini termasuk di Negeri Sembilan.
“Meskipun begitu, masjid dan surau masih boleh melaksanakan solat hajat dan bacaan Yaasin bagi memohon perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah,” jelas Aminuddin.
Ini bukanlah sesuatu yang asing di Negeri Sembilan, tidak mengadakan sambutan tahun baru.
Tindakan ini haruslah dipuji kerana ia secara tidak langsung dapat mengelakkan masalah sosial daripada berlaku khususnya dalam negeri ini.