BeritaMenarikProgram

NS Fest bantu popularkan produk Negeri Sembilan

NILAI: Penganjuran NS Fest membantu mempopularkan produk usahawan kecil dari Negeri Sembilan.

Pemilik Lawana X Tampan, Norhakimah Mohd Zahir, 32, dari Rembau berkata, NS Fest merupakan platform yang sangat sesuai untuk mempromosi produk keluaran anak Negeri Sembilan.

“Sambutan daripada pengunjung sangat memberangsangkan.

“Walaupun, pelanggan pada hari bekerja (Isnin-Jumaat) agak kurang sedikit, tetapi urusan jual beli itu tetap ada.

“Semestinya jualan pada hari Sabtu dan Ahad tinggi berbanding hari bekerja.

“NS Fest sewajarnya diteruskan pada tahun akan datang,” kata Norhakimah yang kali pertama berniaga di NS Fest.

Norhakimah menjual pakaian yang diperbuat daripada ‘batik cotton’ atau dikenali sebagai ‘chanting’ (direka bentuk dengan tangan dan bukan mesin).

“Istimewanya batik cotton ini ialah kualiti warna dan corak di luar dan di dalam kain adalah sama.

“Antara pakaian batik yang saya jual ialah baju kurung, kemeja lelaki, baju kanak-kanak, kurta, kain pelikat, ‘dress’ dan jubah.

“Signature produk saya ialah kurta tiga suku,” jelas Norhakimah ketika ditemubual oleh Negeri Kita di NS Fest yang diadakan di Dataran Nilai dari 27 Julai hingga 3 Ogos lalu.

Menurut Norhakimah lagi, satu lagi produk jualan beliau yang popular ialah tudung kalis air yang diperbuat daripada ‘Cotton Voile’.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button