BeritaMenarikProgram

NS Fest dan Perpatih Fest diadakan serentak selama lapan hari

Acara tahunan Kerajaan Negeri Sembilan, NS Fest dan Perpatih Fest akan diadakan secara serentak pada tahun ini selama lapan hari.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, pada tahun ini karnival ini akan diadakan bermula 27 Julai hingga 3 Ogos di Dataran Nilai.

Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri mendapat permintaan daripada usahawan yang berniaga di NS Fest untuk melanjutkan tempoh penganjuran NS Fest daripada empat hari kepada lapan hari.

Pada tahun-tahun sebelumnya NS Fest diadakan selama empat hari, manakala Perpatih Fest diadakan secara berasingan di Perkarangan Muzium Negeri.

Namun, pada tahun ini, buat julung kalinya NS Fest dan Perpatih Fest akan diadakan secara serentak dan selama lapan hari.

Strategi serampang dua mata ini bakal memberi manfaat kepada usahawan kecil untuk mempromosikan produk Negeri Sembilan.

Pada masa yang sama ia juga satu platform untuk mempromosikan budaya Adat Perpatih kepada masyarakat.

Mengikut rekod, orang ramai yang berkunjung ke NS Fest sebelum ini bukan sahaja penduduk Negeri Sembilan, malah ramai juga yang datang daripada Selangor dan Kuala Lumpur.

Show More

Related Articles

Back to top button