BeritaMenarikProgram

NS Fest sasar 700,000 pengunjung.

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mensasarkan 700,000 pengunjung di NS Fest 2024 dari 27 Julai hingga 3 Ogos di Dataran Nilai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, festival ini merupakan gabungan dua program tahunan utama negeri iaitu Negeri Sembilan Festival (NS Fest) dan Perpateh Fest.

Turut diadakan dalam festival ini ialah Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan, Majlis Pelancaran Nama Beras Negeri Sembilan dan Hari Koperasi Negara.

“Selain itu antara aktiviti yang akan dijalankan ialah pertandingan memasak, forum adat, pertandingan mewarna dan Battle of Marhaban dan Battle of Selawat.

“NS Fest akan diadakan bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.

“Pada tahun lalu kita anjurkan selama empat hari dan seramai 350,000 dianggarkan hadir.

“Tahun ini NS Fest akan diadakan selama lapan hari dan sebab itu sasaran kita tinggi iaitu 700,000 pengunjung,” jelas Aminuddin.

Dalam pada itu, program ‘Kibar Jalur Gemilang 2024’ akan diadakan pada 3 Ogos, jam 8.00 malam di pentas Utama NS Fest.

“Turut menyerikan majlis ini ialah persembahan artis Hael Husaini, Siti Nordiana, Ara Johari, Shafiq Farhain dan Zubir Khan.

“Saya menjemput semua penduduk Negeri Sembilan hadir ke NS Fest.

“Pelbagai produk jualan daripada usahawan Negeri Sembilan boleh didapati di NS Fest nanti,” kata Aminuddin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button