Berita
NSFC akhirnya catat kemenangan

PAROI: Skuad Negeri Sembilan Football Club (NSFC) berjaya mencatatkan kemenangan menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam tadi.
NSFC berjaya memperoleh dua gol hasil jaringan Muhammad Harith Samsuri pada minit ke-39 selepas bola muntah yang terhasil daripada sepakan percuma Takumi Sasaki.
Gol kedua terhasil lima minit sebelum perlawanan berakhir menerusi A. Selvan.
Kemenangan yang dicatatkan kali ini sudah tentu memberikan kesan positif kepada anak buah K. Nanthakumar serta penyokong selepas permulaan menghampa pada awal musim.
Beberapa penyokong NSFC di media sosial juga turut meluahkan kegembiraan selepas pasukan kegemaran mereka berjaya menumbangkan KDA FC dan mencatatkan ‘clean sheet’.