Berita

NSFC gagal bangkit di Paroi

PAROI: Harapan lebih 900 penyokong pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) lebur apabila pasukan tersebut tewas 2-3 menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).

Pasukan pelawat berjaya menjaringkan dua gol sebelum tamat masa pertama melalui Hakimi Abdullah dan Kim Lik Wan pada minit ke-15 dan 37 perlawanan.

Walaupun begitu, NSFC seolah-olah mempamerkan kebangkitan apabila Jacque Faye berjaya merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-83 sebelum Sebastian Avanzini berjaya menanduk masuk bola ke dalam gawang KDN FC pada minit 89 untuk menyamakan kedudukan.

Harapan tuan rumah untuk mengikat KDN FC gagal apabila Oday Kharoub berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada masa kecederaan.

Sekaligus meranapkan impian NSFC untuk mendapatkan satu mata.

Sebelum itu, Robert Pires yabg turun bagi perlawanan pertama tidak memberi kesan kepada skuad Jang apabila beliau gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62.

NSFC kelihatan terus buntu untuk mencari rentak kemenangan selepas kali terakhir menang ketika menentang pasukan Sri Pahang FC pada 13 Julai lalu.

Anak buah K. Nanthakumar bakal berkunjung ke Kuching bagi menentang Kuching FC pada 18 Oktober ini.

Show More

Related Articles

Back to top button