Berita
NSFC mula langkah kanan

PAROI: Negeri Sembilan Football Club (NSFC) bermula dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Semen Padang FC dalam Perlawanan Piala Serumpun malam tadi.
Skuad kendalian Nidzam Jamil itu bermula dengan baik apabila Zainal Abidin Jamil meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke 10.
Sejurus selepas itu, pemain import baru, Joseph Esso menggandakan kedudukan pada minit ke-34 dan Javabilaaravin menyumbat gol ketiga buat skuad Jang pada minit ke-82.
Corak permainan NSFC juga kelihatan lebih baik dan jauh berbeza berbanding musim sebelum ini.
Ia seolah-olah memberi bayangan bahawa mereka bakal menjadi pasukan yang memberikan cabaran pada musim hadapan.