OKU: Orang Kuat Usaha

PORT DICKSON: Exco Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, Dato’ Mohd Faizal Ramli telah melancarkan ‘Jom Lepak Grabfood Rider dan Grabfood Rider OKU Deaf’ di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson.
Apa yang istimewa di Jom Lepak?
Menurut Mohd Faizal, istimewanya ialah peniaga-peniaga di sini semuanya ialah mereka yang cacat pendengaran.
“Di sini juga lah beberapa usahawan berkumpul dan berniaga bersama-sama.
“Ada yang berniaga burger dan Roti John (Anie), ada yang berniaga Kopi Belgian Chocolate Drink (Aiza), ada yang berniaga jelly dan asikrim (Asmaucop) dan ada juga yang berniaga jagung viral manis (Norshahira).
“Ramai yang hadir memberi sokongan termasuk orang luar atau pengunjung.
“Dalam ucapan saya yang turut serta ialah jurubahasa isyarat yang membolehkan mereka memahami apa yang saya ucapkan,” kata Mohd Faizal yang juga ADUN Linggi.
Mohd Faizal berkata, dalam zaman yang serba moden dan canggih, alat telekomunikasi telah memainkan peranan penting serta memudahkan mereka berkomunikasi secara ‘video call’.
“Saya juga nasihatkan mereka supaya menguasai serta memasarkan jualan mereka melalui media sosial.
“Syabas saya ucapkan kepada mereka kerana berusaha gigih dgn berusaha sendiri untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
“Saya juga mengambil kesempatan membantu mereka dengan membelanja semua tetamu yang hadir dengan menu-menu yang mereka jual sebagai pendorong kepada mereka untuk lebih berjaya di masa hadapan.
“Jom lepak di sini sambil melepak, kita berbelanja membantu mereka. Tahniah Burger Roti John Anie dan rakan-rakan,” ujar Mohd Faizal lagi yang juga merupakan ADUN Angkat DUN Bagan Pinang.