Berita
Orang Klawang dapat dekoder siaran MyTV percuma
KLAWANG: Beberapa penduduk yang kurang berkemampuan di DUN Klawang menerima dekoder MyTV (Siaran TV satelit) secara percuma.
ADUN Klawang, Dato’ Ir.Bakri Sawir berkata, adalah diharapkan pemberian dekoder percuma ini memberi manfaat kepada penerima terutamanya dari segi komunikasi berkesan dan dasar daripada Kerajaan.
Bakri berkata demikian selepas menyertai lawatan ke Stesen Pemancar Gunung Telapak Buruk, Jelebu bagi mendengar sendiri penerangan dari pihak MyTV, RTM, Telekom Malaysia dan MCMC tentang siaran tv dan radio melalui MyTV.
Stesen ini diklasifikasikan sebagai salah satu daripada lokasi sasaran penting untuk liputan MyTV.