Berita

Pakatan Harapan pertaruh Muhunthan di DUN Seremban Jaya

SEREMBAN JAYA: S. Muhunthan diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN Seremban Jaya pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan PH N24 DUN Seremban Jaya yang disempurnakan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon yang hadir pada majlis itu mengucapkan tahniah kepada Muhunthan atas pencalonan tersebut.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Muhunthan atas pencalonan beliau sebagai calon Pakatan Harapan bagi DUN Seremban Jaya.

“Semoga terus diberikan kekuatan dan kejayaan dalam membawa aspirasi rakyat serta meneruskan usaha membangunkan kawasan ini demi kesejahteraan semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam hantaran sama, Nicole Tan turut merakamkan penghargaan kepada bekas ADUN Seremban Jaya, Dato’ P. Gunasekaren atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang dicurahkan kepada rakyat serta pembangunan kawasan itu sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Beliau berkata, segala sumbangan dan dedikasi Gunasekaren amat dihargai serta akan sentiasa dikenang.

Nicole Tan turut berharap semangat kebersamaan dalam kalangan kepimpinan dan penyokong Pakatan Harapan terus diperkukuhkan demi masa depan Seremban Jaya yang lebih maju, sejahtera dan makmur.

S.Muhunthan
Show More

Related Articles

Back to top button