YB Kita

Pasangan pengantin baharu terima bantuan RM1,000 daripada Suhaimizan

GEMENCHEH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar telah menyampaikan inisiatif Bantuan Perkahwinan Belia sebanyak RM500 seorang daripada Kerajaan Negeri Sembilan kepada pasangan pengantin baharu Nuramalina Zahari dan Mohd Amirrul Afiq Mohd Nor.

Suhamizan berkata, kriteria kelayakan untuk bantuan ini ialah berumur 18 hingga 35 tahun.

“Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh pendaftaran perkhidmatan, pemohon merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4,000.

“Bagi warga Negeri Sembilan dan layak, mereka boleh membuat pendaftaran secara dalam talian di laman sesawang https://www.n9.digital/,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Amirrul Afiq menyatakan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang membantu pasangan yang baharu berkahwin meringankan beban mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button