Berita

Pasukan hoki wanita dalam misi pertahankan treble

SEREMBAN: Pasukan hoki wanita Negeri Sembilan dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan treble pada edisi lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, kejayaan tersebut menjadikan pasukan hoki wanita Negeri Sembilan sebagai pasukan pertama memenangi Piala Sumbangsih, Piala Liga Hoki Wanita Malaysia dan Piala Vivian May Soars.

“Oleh itu, pada edisi kali ini kita perlu mempertahankan gelaran tersebut dengan memenangi ketiga-tiga piala itu.

“Tahun ini juga menyaksikan seramai lima orang pemain baru dan dua daripadanya merupakan pemain daripada China.

“Semoga pertambahan pemain baru ini dapat mempermudahkan pasukan hoki wanita kita untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat kebangsaan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button