Pemberian komputer riba memudahkan melakukan tugasan
SEREMBAN: Pemberian komputer riba daripada Yayasan Negeri Sembilan kepada mahasiswa yang memerlukan adalah usaha untuk membantu bagi memudahkan melakukan tugasan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.
S. Dhineshwaran yang merupakan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, kos yang saya ambil adalah matematik.
“Walau bagaimanapun, saya tetap memerlukan komputer riba kerana terdapat beberapa subjek yang memerlukan saya menggunakan komputer riba.
“Ini secara tidak langsung banyak membantu memudahkan saya melakukan tugasan,” kata Dhineshwaran.
Selain itu, bagi seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Muhammad Taqris Darimi berkata, sebagai pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pemberian komputer riba berspesifikasi tinggi ini sangat membantu.
“Ini kerana penggunaan komputer riba ini membantu daripada segi menggunakan aplikasi yang berat dan rumit.
“Oleh itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan atas pemberian komputeri riba ini,” kata Taqris.