YB Kita

Gunasekaren sumbang RM1,000 kepada KRT Taman Sri Mawar 1

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negerie (ADUN) Seremban Jaya, Dato’ P. Gunasekaren telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM A 1,000 kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Mawar 1.

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut diserahkan kepada Pengerusi KRT Taman Sri Mawar 1, Encik Effiza Shezmin Mohd Yazid.

“Sumbangan tersebut adalah bagi membantu KRT untuk melaksanakan program-program kemasyarakatan di kawasan tersebut.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada mereka.

“Di samping itu, ia dapat mengeratkan lagi kerjasama antara komuniti setempat dan wakil rakyat demi kesejahteraan penduduk,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button