Berita

Pencemaran minyak Kapal Dredger GT 298 di perairan Port Dickson

PORT DICKSON: Jabatan Alam Sekitar(JAS) Negeri Sembilan telah menerima aduan bahawa satu insiden tumpahan minyak berlaku di pantai Cermin Port Dickson.

Aduan diterima dari Pejabat Perikanan Negeri Sembilan pada jam 6.44 petang (26 Julai 2025) melalui Whatsapp.

JASNS telah mengerakkan satu pasukan untuk menilai kesan tumpahan serta memastikan lokasi yang terlibat.

PERKARA-PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN

Maklumat awal menyatakan penemuan kesan berminyak ditemui oleh pekerja syarikat pembersihan SWM yang menyangka ianya sisa-sisa kotoran laut.

Namun mereka terbau seperti minyak dan melaporkan kepada Jabatan Perikanan.

Maklumat yang diterima menyatakan terdapat sebuat kapal yang melakukan kerja-kerja tambakan; tenggelam di perairan Kuala Linggi.

Terdapat kerja-kerja tambakan Kuala Linggi International Port (KLIP) sedang dijalankan.

Kapal dredger GT 298 (POR Sierra Leone) telah karam di Pelabuhan Kuala Sungai Linggi. Posisi direkodkan 02° 22. 4774’N 101° 57. 4847’E.

Kesemua kru kapal telah meninggalkan kapal dan diselamatkan oleh bot milik TAG Marine.

Walaupun maklumat awal mengatakan tiada tumpahan minyak namun pasukan OSR TAG Marine/Pandan telah memasang oil boom untuk pencegahan awal pencemaran minyak.

Pada petang 26 Julai 2025, bau yang kuat dan kelihatan minyak pada permukaan air dan pantai dikesan di permukaan air belakang Lexis hibiscus, Port Dickson.

Siasatan di Pantai Cermin mendapati tiada kesan minyak dikesan di sepanjang pantai, termasuklah pada kayu-kayu dan sampah di sepanjang pantai.

SIASATAN PADA 27 JULAI 2025

Siasatan telah dijalankan pada 27 Julai 2025 dengan meninjau sepanjang Pantai Chermin dan Port Dickson.

Pemantauan mendapati tiada kesan minyak dikesan.

Sebanyak dua iaitu sampel air dan sampel habuk kayu yang berwarna hitam telah diambil seperti di Lampiran.

TINDAKAN JABATAN ALAM SEKITAR

Persampelan telah dibuat untuk tujuan finger printing namun tiada kesan berminyak ditemui.

Pemakluman awal kepada Pegawai Daerah Port Dickson selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah bagi siap siaga menggerakkan Pelan Tindakan pembersihan Pantai Peringkat daerah sekiranya minyak mendarat di pantai Port Dickson.

Koordinasi bersama agensi berkaitan termasuk Jabatan Laut, APMM, Jabatan Perikanan dan PBT termasuk operator kapal untuk kawalan serta pemantauan.

Show More

Related Articles

Back to top button