BeritaMenarik

Pendidikan bukan pencapaian akademik semata-mata: VEERAPAN

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam telah merasmikan Karnival Pendidikan MADANI: Program Memperkasa Warga Pendidikan Madani Ke Arah Kemenjadian Murid 2024 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tampin.

Veerapan berkata, program yang diadakan ini merupakan usaha Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dalam mengukuhkan hubungan organisasi bersama-sama pemegang taruh (sekolah), agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta guru-guru daerah Tampin.

“Program ini juga adalah platform yang baik untuk mengubah persepsi ibu bapa, guru dan semua pihak terhadap pengurusan PPD serta bertujuan memperkukuh warga pendidikan, termasuk guru, pelajar, dan pihak sekolah, dalam mencapai kesejahteraan pendidikan yang lebih holistik.

“Ini selaras dengan visi Pendidikan MADANI, yang menekankan pembangunan nilai, etika, dan keseimbangan dalam aspek intelektual, emosi, rohani, dan sosial pelajar.

“Program ini menjadi salah satu inisiatif penting dalam menyokong aspirasi Pendidikan MADANI, di mana pendidikan bukan sahaja difokuskan kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi juga keseimbangan dalam membentuk sahsiah dan kemenjadian murid,” kata Veerapan yang juga Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button