
Perhatian untuk penerima Baucar Buku MADANI 2026:
Penebusan Baucar Buku MADANI 2026 akan bermula pada 1 Julai 2026 (Rabu), tepat jam 10.00 pagi.
Baucar ini khusus untuk murid Institusi Menengah serta Lepasan Menengah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) merangkumi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, Kelas Peralihan, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah, pelajar Tingkatan 6, STAM, Prauniversiti/Pintar Cemerlang, Program Matrikulasi KPM, serta pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG).
Sila layari http://d2.delima.edu.my untuk membuat penebusan bermula jam 10.00 pagi.




