Berita

Pengadil NSFC menentang Selangor dipecat

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memecat pengadil yang mengendali perlawanan Piala MFL antara Negeri Sembilan FC menentang Selangor iaitu Fitri Maskon.

Keputusan yang dilakukan menjadikan Fitri Maskon sebagai pengadil pertama yang dipeccat oleh FAM.

Timbalan Presiden FAM Dato’ S.Sivasundaram berkata, keputusan yang pertama kali dibuat ini diambil selepas perbincangan mendalam bersama kepimpinan tertinggi badan induk berkenaan.

“Keputusan tegas ini perlu dibuat walaupun dengan hati yang berat dan ia perlu dijadikan pengajaran kepada semua pengadil.

“Berdasarkan penilaian pengadil, Fitri menunjukkan prestasi yang sangat lemah sekali gus mempengaruhi keputusan perlawanan yang berlansung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

“”Unit Pengadil FAM turut membuat analisis perlawanan dan mendapati keputusan sepakan penalti yang diberikan oleh Fitri dalam perlawanan itu kurang tepat.

“Hasil analisis juga menunjukkan tambahan masa 15 minit yang diberikan pada akhir perlawanan adalah keterlaluan, menyebabkan perlawanan yang sepatutnya berkesudahan seri berakhir dengan keputusan berbeza.

“Ini jelas membuktikan bahawa keputusan pengadil telah mempengaruhi serta memberi impak ketara terhadap keputusan akhir perlawanan,” katanya.

Pada aksi terbabit, sepakan penalti Harry Danish pada masa tambahan membolehkan SFC meraih kemenangan 2-1 ke atas NSFC.

Show More

Related Articles

Back to top button