Berita

Pengubahsuaian perlu dapat kelulusan sebelum dilakukan: ARUL

SEREMBAN: Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar berkata, sebarang kerja pengubah suaian perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

“Ini penting bagi memastikan setiap kerja yang dilakukan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Kemudian, apabila bayaran telah selesai dilakukan, ia tidak bermakna kelulusan sudah diterima.

“Bagi isu tempoh masa yang lama untuk mendapat kelulusan, saya telah meminta pihak PBT untuk menambah baik supaya kelulusan dalam tempoh masa yang lebih singkat jika semua syarat dipatuhi,” kata Arul Kumar.

Ini susulan terdapat aduan daripada pengguna media social berkenaan pengubahsuaian yang dilakukan di premis mereka.

Setelah siasatan dijalankan, ia mendapati bahawa ubah suai yang dilakukan di premis tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button