BeritaMenarik

Pengunjung mahu Karnival Wanita MADANI Negeri Sembilan diadakan lagi

SEREMBAN: Rata-rata pengunjung wanita yang ditemui semasa Karnival Wanita MADANI Negeri Sembilan 2024 baru-baru ini mahu karnival ini diadakan secara acara tahunan.

Mohana SP Muthu, 37, dari Seremban berkata, beliau melihat sambutan untuk penganjuran karnival ini sangat memberangsangkan.

“Pelbagai barang termasuk makanan dijual dengan harga murah.

“Kalau boleh karnival ini dianjurkan setiap tahun.

“Cuma saya berharap, kalau boleh pada tahun hadapan, dibuka kaunter cukai tanah dan cukai taksiran kerana ramai yang masih tidak tahu atau tidak membayar cukai tersebut.

“Karnival Wanita MADANI boleh dijadikan satu platform untuk mewar-warkan perlunya membayar cukai tanah dan cukai taksiran,” kata Mohana.

Nor Zaidah Ahmad

Nor Zaidah Ahmad, 56, dari Senawang turut menyatakan hasrat beliau agar karnival ini diadakan pada setiap tahun.

“Seronok melihat suasana di karnival ini.

“Barangan yang dijual murah dari Harga biasa.

“Kena buat tahun depan,” katanya ringkas.

Normala Muhammad (kanan)

Normala Muhammad, 55, dari Bahau berkata, penganjuran karnival ini memberi banyak maklumat kepada pengunjung.

“Bila ada karnival ini, baru dapat tengok pelbagai perkara (informasi) yang berkaitan.

“Seelok-eloknya buat lagi tahun hadapan. Naikkan lagi nama Seremban,” kata Normala.

Nor Hasmyza Azmi

Sementara itu, pemenang pertandingan karaoke, Adik Nor Hasmyza Azmi, 18, dari Bahau juga mahukan karnival wanita ini dianjurkan pada masa akan datang.

“Saya tak sangka menang tempat kedua kerana ramai pesaing yang hebat.

“Saya rasa seronok. Pertandingan dan karnival ini perlu dianjurkan lagi pada masa akan datang,” ujar Nor Hasmyza.

 

Show More

Related Articles

Back to top button