BeritaMenarikProgram

Peniaga puji NS Fest pandai tarik pengunjung

NILAI: Peniaga makanan dan minuman, Aniq Zahari, 30, dari Senawang memuji penganjuran NS Fest yang menggunakan strategi bagus untuk menarik pengunjung yang ramai.

Aniq Zahari yang menjual ‘Korean Sandwich’ dan ‘Barista Coffee’ berkata, jualan beliau di NS Fest memang laris.

“Ini kali pertama berniaga di NS Fest.

“Pelanggan memang ramai dan jualan saya memang laris.

“Penganjur pandai susun meja, kerusi dan program seperti ‘buskers’.

“Ini menarik orang ramai untuk singgah di gerai makanan dan membantu melariskan jualan,” kata Aniq.

Aniq meminta Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan penganjuran NS Fest pada tahun hadapan kerana menyifatkan NS Fest sebuah platform untuk memperkenalkan jenama yang orang ramai belum pernah dengar.

Show More

Related Articles

Back to top button