BeritaMenarik

Penjawat awam wanita Negeri Sembilan boleh balik kerja 2 petang

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan seramai 2,469 penjawat awam wanita boleh balik kerja seawal pukul 2 petang pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadhan.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, penjawat awam wanita mempunyai pilihan untuk masuk kerja pada pukul 7.30 pagi dan pulang seawal 2.00 petang dengan syarat tiada waktu rehat tengahari (cukup jam bekerja).

“Walau bagaimanapun, ketua jabatan adalah bertanggungjawab untuk memantau waktu bekerja pegawai yang perlu bertugas dengan memastikan prosedur dan syarat yang ditetapkan dipatuhi oleh semua pegawai bawah seliaan.

“Ketua Jabatan juga perlu memastikan perkhidmatan kaunter tidak terjejas dengan pelaksanaan kemudahan tersebut.

“Semoga pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksibel (WBF) Khas Bulan Ramadhan Tahun 2025 ini akan meningkatkan motivasi semua penjawat awam wanita di Negeri Sembilan dalam memberikan komitmen sepenuhnya kepada perkhidmatan awam Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian semasa Sidang Media Mesyuarat Pasca Exco di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button