Berita

Penyerang import NSFC diragut

SEREMBAN: Penyerang import Negeri Sembilan Football Club (NSFC), Mika Junco Martinez atau lebih dikenali sebagai Mika telah diragut pada Ahad lalu.

Perkara ini disahkan melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh NSFC bahawa Mika menjadi mangsa ragut ketika beliau berada di Kuala Lumpur.

Sewaktu kejadian difahamkan, Mika hanya berseorangan. Insiden tersebut mengakibatkan kerugian harta benda.

Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan secara khusus jumlah kerugian tersebut.

NSFC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah seperti ini dan berharap agar pihak berkuasa dapat menangkap dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

Kredit Foto: Mika Junco Martinez

Show More

Related Articles

Back to top button