BeritaMenarik

Perancangan menambah kelas prasekolah di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Unit Prasekolah dan Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menghantar permohonan cadangan pembinaan satu bilik darjah Prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Port Dickson untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Exco Pendidikan, Dato’ Ismail Lasim (SENALING-BN)berkata, walaubagaimanapun cadangan tersebut tidak melepasi saringan pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) kerana terdapat laluan dan talian paip bersempadan dengan SJKT Port Dickson di tanah yang telah dicadangkan (Surat Rujukan: SJKTPD/04/02/001 bertarikh 3 Februari 2021).

“Bagi pemohonan Rancangan Malaysia Ke 13 (RMKe- 13 RP1) juga pemohonan telah dibuka kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk menghantar permohonan bagi sekolah-sekolah yang berminat bagi penyediaan Senarai Perancangan Program Projek Baharu Pembangunan Pendidikan Rolling Plan (RP1) Tahun 2026 Rancangan Malaysia ke 13 (RMKe-13) Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia,” kata Ismail.

Ismail berkata demikian bagi menjawab pertanyaan ADUN Sri Tanjung, Dr P.Rajasekaren (PH) pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban.

Rajasekaren bertanya, apakah perancangan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi menambah bilangan bangunan bagi prasekolah memandangkan kepadatan penduduk di Bandar Port Dickson?

Show More

Related Articles

Back to top button