Berita

Bajet 2025: RM19.66 juta untuk sektor pendidikan

SEREMBAN: Sebanyak RM19.66 juta diperuntukan bagi sektor pendidikan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2025.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, ini kerana ilmu dan pendidikan yang akan membantuk generasi pada akan datang.

“Disebabkan itu, pendidikan merupakan bidang tumpuan utama yang diberi perhatian dalam Belanjawan 2025.

“Sebanyak lima inisiatif baharu diperkenalkan selain meneruskan 10 inisiatif sedia ada.

“Lima inisiatif tersebut adalah pembinaan bangunan asrama baharu di Sekolah Menengah Agama Chuah (RM100,000), Pembinaan Generasi Celik A.I (RM300,000), pembinaan blok tambahan Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah (RM400,000), elaun setengah bulan kepada guru KAFA cuti bersalin dua bulan (RM140,000) serta elaun khas Guru Besar SMA dan elaun khas Penyelaras KAFA (RM120,000),” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button