Berita
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri

SEREMBAN: Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan pada 5 September ini boleh memuat turun borang melalui pautan di bawah.
Sebanyak empat kategori yang dipertandingkan iaitu:
i) Jabatan/Agensi Kerajaan
ii) Badan Swasta/Badan Berkanun
iii) IPT Awam dan Swasta/Sekolah
iv) NGO/Masjid
Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh: 5 September 2025
Masa: 7:00 pagi
Tempat: Padang Majlis Bandaraya Seremban
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Ogos ini.