BeritaMenarikProgram

Perasmian Hari Koperasi Negara di NS Fest pada 1 Ogos ini

SEREMBAN: Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara akan diadakan di NS Fest pada 1 Ogos ini.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam berkata, majlis ini akan bermula pukul 4.30 petang di tapak NS Fest di Dataran Nilai.

“Selepas Mesyuarat Exco, saya telah berjumpa dengan beberapa agensi kerajaan, syarikat dan pertubuhan di pejabat saya.

“Dalam perjumpaan ini, saya telah menerima kunjungan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan, Shahrizan Rosli.

“Kami telah membincangkan mengenai persiapan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sembilan yang bakal diadakan di Dataran Nilai sempena NS Fest 2024,” jelas Veerapan.

Dalam pada itu, Veerapan juga berjumpa dengan wakil beberapa NGO dan syarikat persendirian serta mendengar masalah yang diutarakan.

“Sesi perjumpaan ini merupakan rutin mingguan saya dalam menyantuni orang ramai,” katanya yang juga ADUN Repah.

 

Show More

Related Articles

Back to top button